Wednesday, June 30, 2010

Bengong

aku da beli pin.
aku dah dapta.
halfway done.
tapi lagi halfway stuck.
ape die kate?
connection problem?
aku cucuk bijik mate tu karang.
cucuk dengan garpu.
cucuk dalam-dalam.
pusing 360 darjah sebanyak 2 pusingan.
angkat garpu.
cucuk balik.
angkat garpu.
cucuk lagi sekali.
ulang selama 60 minit.
sesungguhnya aku pengarah filem thrill yang berjaya.
so now kene tunggu bulan 7.
salah sape?
yang penting bukan salah ibu mengandung.
dan bukan salah tun abdullah badawi.
abes tu nak salahkan sape?
jangan salahkan orang, tak baik. hati bersuara.
lantaklah.
moist (aka lembab). lambat. bengap.
marahnye akuuuu!
tuba mane tuba?
aku nak... &*@!>^$#
*cerita selepas ini dipotong. ada unsur2 18sx. eh silap. 18sg.*

garpu ada dalam pelbagai size dan rupa.

sok sek : bersabar itu separuh daripada iman.

Kalau kita kentut tak henti-henti selama 9 tahun dan 6 bulan, gas itu mencukupi nak hasilkan sebijik bom atom. Sumpah busuk.

Tuesday, June 29, 2010

Gigi

Hari ini.
Bukak tudung saji,
saya nampak :

Udang masak merah
Ayam goreng KFC
Sayur yang tak berapa dikenalpasti namanya.

Tapi malang.
Saya tak boleh makan.
Gigi sakit dipagar besi stainless steel.
Setiap gigitan menusuk bak halilintar.
Mengapakah ini terjadi?
Sebab saya gatal nak pasang pagar.
Kate orang gigi saya dah mula nak jongang.

oh. busuk sungguh statement itu.

Tapi.
Tak mengapa.
Saya redha.
Sesungguhnya.

<< BEAUTY is PAIN >>



Saya faham perasaan kakak. Tapi udah le tu. Burok beno muke tu saya tengokkan.

sok sek : Kalau nak kurus, pasanglah pagar pada gigi. Dijamin berkesan.

Kalau kita menjerit non-stop selama 8 tahun, 7 bulan dan 6 hari, tenaga bunyi yang dihasilkan cukup untuk memanaskan secawan kopi. Ada coffee maker sebok nak melalak.


Monday, June 28, 2010

Rilex lah.

Asyik kene marah aje.
Yang marah tu. Cube relek2 sket.
Cool. Chill. Amek wuduk.
Bukan semua bende boleh setel ngan amukan The Incredible Hulk.
Dan bukan semua orang bole tahan kena marah macam Cinderella.
Kalau aku dapat kawen anak raje lainlah.
Itu pon kalau kawen tapi kene marah gak, ang pi la maen jaoh2.
Tak pon kawen ngan Fasha Sandha.

So kesimpulannye, jangan marah2 ea.
Dunia lebih indah tanpa marah dan tengking anda.
Dan takde orang nak gi New York Skin Solution untuk tegangkan kembali muka yang tua sebelum waktunya akibat marah tak tentu hala.
Dan takde orang nak luahkan rase hatinya yang duka di laman web eijinyanya.blogspot.com.
Dan semua orang bergelak ketawa, berkasih sayang dan bersuka ria.
Saya impikan dunia itu =))



Atok nampak manis walaupun gigi lompong.

sok sek : Asal lah cinderella pakai kasot kaca. Kan bole melecet kaki tu.

Carrot adalah sayur paling popular after kentang.

Thursday, June 24, 2010

Aku Terpaksa Mengangkat Sumpah Yang Tiada Gunanya

I'd like to be alone for a while, if you don't mind.

Begini ceritanya. Aku sangkakan sijil SPM aku hilang entah kemana.
Aku baru berpindah rumah bulan Disember yang lepas.
Disebabkan barang-barang yang diangkut sudah bercampur aduk dan caca marba, amak sukar bagi aku untuk memulakan usaha pencarian yang teliti.
Lalu dengan mudahnya aku bermonolog, "Sijil aku hilang ni."

Aku pun melayari sesawang2 internet untuk mencari jalan bagi mengatasi masalah aku ini.
Dan aku end up menemui jalan penyelesaian yang mudah dan brilliant.
Jalan tersebut memerlukan aku untuk naik ke mahkamah dan mengangkat sumpah dan seranah supaya maklumat-maklumat yang aku sertakan kepada Lembaga Peperiksaan (untuk mendapatkan kembali sijil asal) adalah benar-benar belaka mengikut Akta Akuan Sumpah 1960.

Setelah dua hari berlalu, aku membawa emak melawat rumah lama aku di Renggam.
Terdapat beberapa barang yang masih ditinggalkan di setor rumah itu kerana tidak mencukupi ruang untuk ditempatkan di kediamanku yang paling latest.
Rumahku yang baru roboh setengah kerana sedang dalam renovation.
Ayah mengirim beberapa barang untuk diambil dari setor usang tersebut.
Aku menolong emak mencari barang yang diperlukan oleh ayah.

Alangkah terkejutnya aku setelah mendapati sijil SPM aku terkulai layu di belakang pintu. (metafora semata-mata)
Aku melihatnya dengan mata bergenangan dan mengangkat sijil tersayang dengan perasaan girang yang tidak terkata.

Kini aku sudah menemui kembali sijil SPM aku setelah sekian lama terpisah tanpa khabar berita.
Sejak dari kes itu, aku berjanji akan menjaga sijil dengan elok-elok supaya ia tidak lagi hilang dari pandangan mata.


sok sek : Angkat sumpah tu taklah susah mane. Hantar borang bagi pesuruhjaya sumpah sign aje. haha.


111,111,111 x 111,111,111 = 12,345,678,987,654,321.


Wednesday, June 23, 2010

Busy Thursday

We should do this. A special mouth belt for special someone.


I've got a lot of things to be settled today, like :

1. photostating my offer letter to degree (yay!) and authenticate each and every copy of'em.

2. posting documents and forms necessary to postpone the payment of my diploma's PTPTN.

3. buy PTPTN's pin at BSN.

4. re-apply PTPTN online for my degree.

5. make 10 copy of passport size photo *thats aLOT! what in the world are they gonna do with all that?*

to settle all of these, i've to drive around town with my mom. i hate driving.

sok sek : i wonder why i hate driving so much. huhu.



Mgnekiut stuau rscheearch di Cmabrigde Uinervtisy, tak kseah maccm mnae pun ktia tlius prektaaan tu, ynag pnteing fisrt dan lsat huurf berdaa di taemptnya. Wlauaupn ynag sleiebhnya berkcaumk ktia maish boelh bcaa. sbaeb oatk mnuasia bkaun bcaa stau prektaaan je, tpai sleuhruh aayt itu. mnearik kan?



saya suka-suka buat blog

ohh. comelnye ini kucing.


kenape aku buat blog ea?
kenape? kenape?
aku pon tak tau da...
dua tiga menjak ni free semacam.
sampai aku buat blog.
huhu.

sok sek : soh keja malas. padan muka.


Suatu masa dulu di negeri Jepun nun jauh di sana, ada satu pertandingan di mana siapa kentut (ya, kentut) paling kuat dan paling lama akan mendapat hadiah dan pangkat dalam kominitinya. Moral yang kita dapati daripada fakta ini ialah, kentut mencerahkan masa depan.