Thursday, June 24, 2010

Aku Terpaksa Mengangkat Sumpah Yang Tiada Gunanya

I'd like to be alone for a while, if you don't mind.

Begini ceritanya. Aku sangkakan sijil SPM aku hilang entah kemana.
Aku baru berpindah rumah bulan Disember yang lepas.
Disebabkan barang-barang yang diangkut sudah bercampur aduk dan caca marba, amak sukar bagi aku untuk memulakan usaha pencarian yang teliti.
Lalu dengan mudahnya aku bermonolog, "Sijil aku hilang ni."

Aku pun melayari sesawang2 internet untuk mencari jalan bagi mengatasi masalah aku ini.
Dan aku end up menemui jalan penyelesaian yang mudah dan brilliant.
Jalan tersebut memerlukan aku untuk naik ke mahkamah dan mengangkat sumpah dan seranah supaya maklumat-maklumat yang aku sertakan kepada Lembaga Peperiksaan (untuk mendapatkan kembali sijil asal) adalah benar-benar belaka mengikut Akta Akuan Sumpah 1960.

Setelah dua hari berlalu, aku membawa emak melawat rumah lama aku di Renggam.
Terdapat beberapa barang yang masih ditinggalkan di setor rumah itu kerana tidak mencukupi ruang untuk ditempatkan di kediamanku yang paling latest.
Rumahku yang baru roboh setengah kerana sedang dalam renovation.
Ayah mengirim beberapa barang untuk diambil dari setor usang tersebut.
Aku menolong emak mencari barang yang diperlukan oleh ayah.

Alangkah terkejutnya aku setelah mendapati sijil SPM aku terkulai layu di belakang pintu. (metafora semata-mata)
Aku melihatnya dengan mata bergenangan dan mengangkat sijil tersayang dengan perasaan girang yang tidak terkata.

Kini aku sudah menemui kembali sijil SPM aku setelah sekian lama terpisah tanpa khabar berita.
Sejak dari kes itu, aku berjanji akan menjaga sijil dengan elok-elok supaya ia tidak lagi hilang dari pandangan mata.


sok sek : Angkat sumpah tu taklah susah mane. Hantar borang bagi pesuruhjaya sumpah sign aje. haha.


111,111,111 x 111,111,111 = 12,345,678,987,654,321.


3 comments:

  1. Aha. Nasib baik kau angkat sumpah betol2. kau cuba tanya Mimiey dye angkat sumpah camne. Uhu~

    Notakaki ; Ingtkan kalau nama angkat sumpah tu kena junjung Quran. Hee~

    ReplyDelete
  2. chik. haha. mimi angkat sumpah menggigil pe?

    syu. thx! seb baik jumpe.

    ReplyDelete